Blog ini di hasilkan untuk menghubungkan KULAAN HJ SADRI secara elektronik dengan informasi terkini dan sensasi. Mohon beri pandangan dan sebarkan alamat blog ini.http://hjsadri.blogspot.com/ hantar email anda ke matsmt@yahoo.com atau add FB: "hj mohamad"
Tuesday, September 30, 2008
Ramadan gilap tiga kekuatan manusia
Ramadan gilap tiga kekuatan manusia RAMADAN ibarat medan latihan mendidik jiwa dan membangun potensi terutama menggilap tiga kekuatan yang ada pada diri manusia iaitu kekuatan akal, jiwa dan fizikal.Pada bulan ini akal ditajamkan menerusi pembacaan al-Quran, di mana kita dapat gunakan untuk menambah nilai kemanusiaan dan menjana pembangunan yang bersifat menyeluruh.Jiwa dapat dibangunkan dengan membanyakkan lagi amalan sunat, melakukan kegiatan kemasyarakatan serta menahan diri daripada menurut kehendak hawa nafsu dan godaan syaitan dalam kehidupan harian.Secara saintifik, ibadat puasa sudah dibuktikan mampu membantu meningkatkan kesihatan fizikal manusia dan dilihat sebagai cara berkesan untuk menyembuhkan penyakit.Ketiga-tiga kekuatan iaitu keteguhan iman, ketangkasan mental dan kekuatan fizikal akan dapat membentuk jati diri Muslim yang mampu melaksanakan pelbagai tuntutan sama ada terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara.Selain itu, Ramadan juga melatih dan menganjurkan kita merenung diri masing-masing secara objektif sehingga dapat melahirkan nilai positif, dengan hati dan fikiran kita menjadi bersih dan jauh daripada perlakuan tidak baik.Ramadan juga turut melatih kita supaya berdisiplin, menyemai rasa tanggungjawab dan perpaduan sosial, kasih dan sayang kepada insan yang miskin lagi tidak berkemampuan.Ramadan juga dapat melatih kita bersifat sabar dan tahan uji dalam menanggung penderitaan hidup demi meraih tujuan yang murni.Kita melaksanakan puasa kerana selain kewajipan mentaati perintah Allah, juga kerana kita memerlukan puasa bagi penyucian diri dan peningkatan kualiti peribadi.Justeru, sempena Ramadan yang mulia hendaklah kita bersama-sama berusaha untuk menghidupkan amalan yang boleh mendekatkan diri dengan Allah seperti bertadarus, mendirikan solat Tarawih, bersedekah dan berzakat. Pada masa sama, berusaha menjauhi daripada melakukan sebarang bentuk maksiat, kerana pastinya kita tidak mahu menjadi orang yang berpuasa tetapi tidak mendapat apa-apa balasan melainkan lapar dan dahaga. Rasa lapar dan dahaga membantu menjiwai pengalaman dilalui golongan kurang bernasib baik yang terpaksa menanggung penderitaan menahan lapar dan hidup di dalam kebuluran.Bersamalah menjadikan Ramadan medan melahirkan diri sebagai seorang mukmin yang sentiasa membantu saudara seagama dengan rasa penuh tanggungjawab dan kasih sayang.Ibnu Abbas ada meriwayatkan di dalam Hadis Rasulullah yang maksudnya: “Adalah Nabi SAW itu manusia yang paling baik (pemurah) dengan membuat kebajikan dan Baginda paling pemurah di bulan Ramadan.”Mereka yang lulus ujian dalam menjalani latihan pada Ramadan serta banyak melakukan amal ibadat mampu mengembalikan manusia kepada fitrah seterusnya dianugerahkan Allah dengan ganjaran yang besar.Antara ganjaran Allah ialah mendapat keampunan terhadap dosanya yang terdahulu, dimakbulkan segala doanya, sentiasa mendapat rahmat yang berterusan daripada Allah, mendapat pertolongan dan keredaan Allah serta terlepas seksaan api neraka. Semoga kedatangan Ramadan kali ini memberi perubahan besar terutama menjadikan diri seorang pejuang yang mampu melawan godaan hawa nafsu dan segala pujukan dunia sehingga melalaikan hati daripada mengingati Allah.Bayangkan kesusahan umat Islam di negara menghadapi bencana alam, kebuluran, penindasan dan kemiskinan tetapi masih mampu melaksanakan ibadat puasa.Oleh itu, hendaklah bersyukur kerana kita masih lagi dikurniakan kemudahan makan minum dan keamanan yang membolehkan kita beribadat dalam keadaan tenang, tanpa takut atau terancam. Walaupun Ramadan dikatakan bulan ibadat, bukan bermakna umat Islam sibuk beramal siang dan malam sehingga tidak aktif bekerja atau harus berhenti kerja kerana hendak menumpukan perhatian kepada pelaksanaan ibadat.Islam sebenarnya tidak menghendaki demikian kerana lebih baik jika puasa seseorang itu tidak menghalangi usaha atau kerjanya sehari-hari.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment