Tuesday, August 3, 2010

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN MUBARAK

Dipetik daripada buku Meyambut Ramadhan dan Aidilfitri Menurut Sunnah Rasulullah SAW oleh Mohd Yaakub Mohd Yunus

Bulan Ramadhan telah dimuliakan oleh Allah dengan pelbagai keistimewaan berbanding bulan-bulan Allah yang lain. Antara keistimewaan-keistimewaan yang terdapat dalam bulan Ramadhan ialah:

1. Disyari’atkan Ibadah Puasa

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan yang mana pada bulan ini disyari’atkan Ibadah yang amat mulia di sisi Allah, iaitu puasa. Sabda Rasulullah yang bermaksud:

“Telah tiba kepada kamu bulan Ramadhan, iaitu bulan yang penuh keberkatan. Allah telah mewajibkan ke atas kamu agar berpuasa pada bulan itu.”

-Hadith Riwayat Imam Ahmad dalam Musnad Imam Ahmad, Hadith no:9133-

2. Bulan Al-Quran Diturunkan

Kalamullah Al-Quran telah diturunkan pada bulan ini. Seluruh Umat Islam beriman bahawa Al-Quran merupakan kitab yang menjadi petunjuk bagi sekalian hamba Allah untuk membezakan antara kebenaran dan kebatilan. Firman Allah yang bermaksud:

“(Kamu diwajibkan berpuasa) pada bulan Ramadhan yang mana diturunkan Al-Quran pada bulan itu. (Al-Quran itu) menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan juga membawa keterangan yang menjelaskan petunjuk dan perbezaan antara yang benar dengan yang salah”.

-Al-Baqarah:185-

3. Pintu Syurga Terbuka Luas

Pada bulan Ramadhan yang penuh berkat ini juga pintu syurga dibuka seluas-luasnya bagi mereka yang beriman dan taat kepada perintah Allah. Bahkan, Allah melimpahkan pelbagai ganjaran pahala kepada Hamba-Nya yang menjadi penyebab memudahkan mereka masuk ke syurga. Sabda Rasulullah yang bermaksud:

“Apabila datang bulan Ramadhan, pintu-pintu syurga akan dibuka”

-Hadith Riwayat Al-Bukhari dalam Sahih Al-Bukhari, Kitab Al-Shaum, Hadith No:1898-

———————————————————————————————–

CIKGU HASAN IDAR DAN SAADIAH OSMAN - PERKAHWINAN ANAK

TARIKH : 25 JULAI 2010
TELUK INTAN PERAK.

SELAMAT PENGANTIN BARU...

SLIDE..