Tuesday, September 30, 2008

MAKLUMAN SEMASA

HANTARKAN MAKLUMAT SEMASA ANDA....

SELAMAT HARI RAYA EIDIL FITRI


Assalamualaikum.... Kepada semua anak, cucu, cicit dan kulaan HJ SADri..
terimalah ucapan...SELAMAT HARI RAYA EIDIL FITRI dan maaf zahir batin..sesama kita.



Semoga BLOG KELUARGA ini nanti akan menjadi penghubung terkini diantara kita untuk menyampaikan sebarang maklumat keluarga. Oleh itu dipohon kerjasama semua KULAAN untuk mengambil tindakan berikut :-

1. Menyibarkan alamat blog ini kepada semua kulaan, terutama generasi ICT.
2. Menyalurkan maklumat berikut kepada email atau komen blog dan beri:-
-nama
-no telepon dan email.
-senarai nama keluarga / umur dan gambar jika ada.
3. Maklumat yang boleh dipaparkan :- -tarikh dan jemputan kenduri kendara.
-perjumpaan keluarga.
-kematian atau kemalangan
-ucapan tahniah..
-ucapan takziah
-maklumat kelahiran..
Wallahualam...wassalam

ZIARAH DAN BERMAAF-MAAFAN...

AIDILFITRI adalah hari raya khusus untuk orang yang bertakwa selepas sebulan berpuasa. Hal ini menunjukkan hubungan dengan Allah semakin dekat dan kesan puasa seperti kesucian dan kematangan jiwa, kekuatan mental, ketinggian moral dan akhlak dapat dikembangkan dalam kehidupan masyarakat.Aidilfitri juga hari perayaan iman. Bagi setiap orang yang benar-benar memahami serta menghayati Islam akan menginsafi dan merasai bahawa betapa gembiranya mereka pada hari ini. Allah menetapkan Aidilfitri sebagai hari kegembiraan dan kemenangan bagi orang beriman. Kita perlu merasakan hakikat nikmat Allah yang lengkap dan sempurna ketika menyambut hari lebaran ini.Betapa agungnya Aidilfitri jelas dilihat apabila Rasulullah saw melarang umatnya (haram) daripada berpuasa pada hari itu.Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri, katanya: “Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda yang bermaksud: Tidak boleh berpuasa pada dua hari tertentu iaitu Hari Raya Korban (Aidiladha) dan hari berbuka daripada Ramadan (Aidilfitri).” (Hadis riwayat Muslim).Kenikmatan berhari raya hanya dapat dirasakan oleh orang yang berpuasa Ramadan dalam erti kata sebenar saja. Maksudnya, orang yang melaksanakan ibadat puasa semata-mata kerana tunduk dan patuh kepada perintah Allah.Bukan mulut mereka saja berpuasa, malah anggota badan lain seperti telinga, mulut, hidung dan mata dipelihara daripada melakukan perkara keji dan kotor.Orang yang hanya sekadar ’puasa-puasaan’ dan tidak berpuasa dengan sengaja tanpa sebab dibenarkan syarak, bagi mereka hari raya tidak mempunyai sebarang erti dan nilai.Sesungguhnya, kegembiraan berhari raya itu bukan diukur dan bergantung kepada kehebatan pakaian atau hiasan serta banyaknya makanan pada hari raya. Ia terletak kepada sejauh mana bertambahnya ketakwaan dan keimanan seseorang itu. Kedatangan Aidilfitri hendaklah disambut dengan ucapan takbir dan tahmid. Takbir dan tahmid yang kita ucapkan pada malam dan pagi hari raya mengandungi dua makna. Pertama, menyambut kedatangan Syawal yang mulia dan kedua, menunjukkan kesedihan di atas pemergian Ramadan al-Mubarak. Dalam merayakan Aidilfitri ini, kita hendaklah membersihkan hati dan memperbaiki hubungan sesama Muslim. Segala perasaan dendam, kebencian, iri hati dan dengki hendaklah dikikis. Semua ini kita gantikan dengan perasaan kasih-mengasihi sesama Muslim. Hulurkan tangan bermaaf-maafan dan binalah hubungan persaudaraan yang kukuh berlandaskan persaudaraan Islam.Diriwayatkan Anas bin Malik bahawa Rasulullah bersabda bermaksud: "Janganlah kamu saling marah, dengki dan tidak menegur antara satu sama lain. Tetapi jadilah kamu semua bersaudara." (Hadis riwayat Muslim)Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda bermaksud: "Seseorang yang pemaaf, Allah menambahkan kemuliaan baginya." (Hadis riwayat Muslim).Dalam kemeriahan menyambut hari raya, janganlah sekali-kali dilupai orang yang tidak berkemampuan. Sebagai tanda mensyukuri nikmat yang Allah kurniakan kepada kita, berilah bantuan kepada mereka dan binalah persaudaraan Islam sejati. Kedatangan 1 Syawal tidak seharusnya dicemari dengan dentuman meriam dan hiburan yang melampaui batas. Sebaliknya, perayaan Islam dimulakan dengan takbir dan tasbih memuji dan menyucikan Allah.Rasulullah menyarankan agar umat Islam menyambut hari raya ini dengan banyak memuji kebesaran Allah. Nabi Muhammad bersabda bermaksud: “Hiasilah hari raya (Aildilfitri dan Aldiladha) kamu dengan takbir, tahlil, tahmid dan taqdis (mengingati dan mengagungkan Allah)." (Hadis riwayat al-Thabrani). Laungan takbir yang berkumandang di seluruh pelusuk tanah air, pasti menyejukkan jiwa. Ia akan kembali menenangkan fikiran, melapangkan hati untuk bermaafan, menjalin dan mengukuhkan ikatan persaudaraan yang lama terjalin sesama umat Islam.

Amalan ziarah kubur musim raya

Amalan ziarah kubur musim raya digalakkanISLAM menggalakkan umatnya saling hormat-menghormati sesama manusia dan tidak terkecuali dengan orang yang telah meninggal dunia. Berikutan itu, Islam menganjurkan umatnya menghormati ahli kubur serta menjaga kehormatan persekitaran kubur. Dalam masyarakat kita, amalan menziarahi tanah perkuburan sudah lama diamalkan, lebih-lebih lagi ketika menjelang hari raya.Amalan menziarahi perkuburan sebaiknya diteruskan. Dengan berbuat demikian akan menyedarkan kita bahawa setiap yang hidup pasti akan mati. Dengan ini akan membentuk jiwa kita agar tidak rakus dan tamak harta dunia.Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Ziarahilah perkuburan, kerana perbuatan demikian mengingatkan kamu kepada kematian.” (Hadis riwayat Muslim). Di samping itu, ia akan mengingatkan mengenai asal usul kejadian kita. Daripada tanah kita diciptakan dan kepada tanahlah dikembalikan.Di negara kita, amalan menziarah tanah perkuburan dilakukan oleh semua lapisan masyarakat, sama ada lelaki atau perempuan; dewasa atau kanak-kanak. Dalam hal ini, perkara yang perlu diketahui adalah adab ziarah kubur yang harus diikuti dan diamalkan.Antaranya, orang yang hendak menziarahi kubur itu disunatkan berwuduk terlebih dulu, memakai pakaian bersih, sopan dan menutup aurat.Apabila seseorang itu sampai ke tanah perkuburan, disunatkan memberi salam kepada ahli kubur terlebih dulu. Diriwayatkan daripada Muhammad bin Qais bin Makhramah bin Mutalib bahawa Rasulullah SAW ketika menziarahi tanah perkuburan, Baginda mengucapkan kata-kata yang maksudnya: “Mudah-mudahan Allah mencurahkan limpah kesejahteraan kepada kamu sekalian wahai penghuni kubur daripada kalangan orang mukmin. Semoga Allah memberi rahmat kepada orang yang mendahului kami dan orang yang kemudian. Sesungguhnya Insya-Allah kami akan menyusul kamu sekalian.” (Hadis riwayat Muslim). Amalan memberi salam ini sebaik-baiknya dilakukan dalam keadaan berdiri di tepi perkuburan dengan membelakangi kiblat dan menghadap ke arah muka ahli kubur yang diziarahi itu.Selain itu, disunatkan berdoa dengan cara berpaling ke arah kiblat serta mengangkat kedua-dua belah tangan dan mohon kepada Allah semoga roh ahli kubur dilimpahi dengan rahmat, keselamatan, kesejahteraan dan sebagainya.Ketika menziarahi perkuburan, perlu meninggalkan segala larangan dan tegahan. Antaranya dilarang meratapi disebabkan oleh perasaan yang amat berduka cita di atas pemergian orang yang disayangi. Rasulullah SAW menegah perbuatan meratapi di atas kematian kerana perbuatan itu akan menyebabkan mayat diseksa pada hari kiamat kelak. Diriwayatkan daripada Mughirah bin Syu'bah bahawa beliau mendengar Rasulullah bersabda bermaksud, "sesiapa yang meratapi mayat, maka mayat itu diseksa pada hari kiamat." (Hadis riwayat Muslim).Diriwayatkan daripada Umar bin al-Khattab bahawa Rasulullah bersabda bermaksud: "Mayat berasa terseksa dalam kuburnya kerana diratapi" (Hadis riwayat Muslim).Kita juga dilarang bercakap mengenai perkara tidak berfaedah dan keji. Makruh jika kita duduk di atas kubur yakni duduk bertepatan dengan kedudukan mayat dalam kubur. Tetapi tidaklah dilarang jika duduk di sekitar atau di sekeliling kubur.Larangan duduk di atas kubur berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud: “Seseorang yang duduk di atas bara api lalu terbakar pakaiannya hingga terkupas kulitnya, adalah lebih baik baginya daripada duduk di atas kubur.” (Hadis riwayat Muslim). Selain itu, dilarang memijak kubur dengan sengaja tanpa sesuatu keperluan atau hajat, tetapi tidaklah menjadi kesalahan jika tiada jalan lain dan terpaksa.Perlu diingat bahawa melakukan perkara khurafat yang boleh menjejaskan akidah seperti mencium kubur dan mengusap-usap tanah perkuburan adalah haram hukumnya. Oleh itu, sempena Aidilfitri nanti marilah sama-sama kita menziarahi pusara sanak saudara yang telah lama kembali ke Rahmatullah. INTI PATIAdab ziarah kubur
Disunatkan berwuduk terlebih dulu, memakai pakaian bersih, sopan dan menutup aurat.
Disunatkan memberi salam kepada ahli kubur terlebih dulu. Digalak dilakukan dalam keadaan berdiri di tepi perkuburan dengan membelakangi kiblat dan menghadap ke arah muka ahli kubur yang diziarahi itu.
Disunatkan berdoa dengan cara berpaling ke arah kiblat serta mengangkat kedua-dua belah tangan dan mohon kepada Allah semoga roh ahli kubur dilimpahi dengan rahmat, keselamatan dan kesejahteraan.
Dilarang meratap kerana perbuatan itu menyebabkan mayat diseksa pada hari kiamat kelak.
Dilarang bercakap perkara tidak berfaedah dan keji.
Makruh duduk di atas kubur yakni duduk bertepatan dengan kedudukan mayat dalam kubur.
Dilarang memijak kubur dengan sengaja, tetapi tidaklah menjadi kesalahan jika tiada jalan lain dan terpaksa.
Haram buat perkara khurafat yang boleh menjejaskan akidah seperti mencium kubur dan mengusaptanah perkuburan.

Ramadan gilap tiga kekuatan manusia

Ramadan gilap tiga kekuatan manusia RAMADAN ibarat medan latihan mendidik jiwa dan membangun potensi terutama menggilap tiga kekuatan yang ada pada diri manusia iaitu kekuatan akal, jiwa dan fizikal.Pada bulan ini akal ditajamkan menerusi pembacaan al-Quran, di mana kita dapat gunakan untuk menambah nilai kemanusiaan dan menjana pembangunan yang bersifat menyeluruh.Jiwa dapat dibangunkan dengan membanyakkan lagi amalan sunat, melakukan kegiatan kemasyarakatan serta menahan diri daripada menurut kehendak hawa nafsu dan godaan syaitan dalam kehidupan harian.Secara saintifik, ibadat puasa sudah dibuktikan mampu membantu meningkatkan kesihatan fizikal manusia dan dilihat sebagai cara berkesan untuk menyembuhkan penyakit.Ketiga-tiga kekuatan iaitu keteguhan iman, ketangkasan mental dan kekuatan fizikal akan dapat membentuk jati diri Muslim yang mampu melaksanakan pelbagai tuntutan sama ada terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara.Selain itu, Ramadan juga melatih dan menganjurkan kita merenung diri masing-masing secara objektif sehingga dapat melahirkan nilai positif, dengan hati dan fikiran kita menjadi bersih dan jauh daripada perlakuan tidak baik.Ramadan juga turut melatih kita supaya berdisiplin, menyemai rasa tanggungjawab dan perpaduan sosial, kasih dan sayang kepada insan yang miskin lagi tidak berkemampuan.Ramadan juga dapat melatih kita bersifat sabar dan tahan uji dalam menanggung penderitaan hidup demi meraih tujuan yang murni.Kita melaksanakan puasa kerana selain kewajipan mentaati perintah Allah, juga kerana kita memerlukan puasa bagi penyucian diri dan peningkatan kualiti peribadi.Justeru, sempena Ramadan yang mulia hendaklah kita bersama-sama berusaha untuk menghidupkan amalan yang boleh mendekatkan diri dengan Allah seperti bertadarus, mendirikan solat Tarawih, bersedekah dan berzakat. Pada masa sama, berusaha menjauhi daripada melakukan sebarang bentuk maksiat, kerana pastinya kita tidak mahu menjadi orang yang berpuasa tetapi tidak mendapat apa-apa balasan melainkan lapar dan dahaga. Rasa lapar dan dahaga membantu menjiwai pengalaman dilalui golongan kurang bernasib baik yang terpaksa menanggung penderitaan menahan lapar dan hidup di dalam kebuluran.Bersamalah menjadikan Ramadan medan melahirkan diri sebagai seorang mukmin yang sentiasa membantu saudara seagama dengan rasa penuh tanggungjawab dan kasih sayang.Ibnu Abbas ada meriwayatkan di dalam Hadis Rasulullah yang maksudnya: “Adalah Nabi SAW itu manusia yang paling baik (pemurah) dengan membuat kebajikan dan Baginda paling pemurah di bulan Ramadan.”Mereka yang lulus ujian dalam menjalani latihan pada Ramadan serta banyak melakukan amal ibadat mampu mengembalikan manusia kepada fitrah seterusnya dianugerahkan Allah dengan ganjaran yang besar.Antara ganjaran Allah ialah mendapat keampunan terhadap dosanya yang terdahulu, dimakbulkan segala doanya, sentiasa mendapat rahmat yang berterusan daripada Allah, mendapat pertolongan dan keredaan Allah serta terlepas seksaan api neraka. Semoga kedatangan Ramadan kali ini memberi perubahan besar terutama menjadikan diri seorang pejuang yang mampu melawan godaan hawa nafsu dan segala pujukan dunia sehingga melalaikan hati daripada mengingati Allah.Bayangkan kesusahan umat Islam di negara menghadapi bencana alam, kebuluran, penindasan dan kemiskinan tetapi masih mampu melaksanakan ibadat puasa.Oleh itu, hendaklah bersyukur kerana kita masih lagi dikurniakan kemudahan makan minum dan keamanan yang membolehkan kita beribadat dalam keadaan tenang, tanpa takut atau terancam. Walaupun Ramadan dikatakan bulan ibadat, bukan bermakna umat Islam sibuk beramal siang dan malam sehingga tidak aktif bekerja atau harus berhenti kerja kerana hendak menumpukan perhatian kepada pelaksanaan ibadat.Islam sebenarnya tidak menghendaki demikian kerana lebih baik jika puasa seseorang itu tidak menghalangi usaha atau kerjanya sehari-hari.

Zakat fitrah

Zakat fitrah perbaiki cacat cela amalan sebulanZAKAT fitrah diwajibkan pada Ramadan kerana Allah memberi keistimewaan kepada Ramadan sebagai bulan toleransi dan perpaduan di antara kaya dan miskin.Orang kaya difardukan berpuasa bagi membolehkan mereka merasakan keperitan hidup orang miskin apabila menahan lapar dan dahaga kerana ketidakmampuan memenuhi hajat hidup.Dengan itu, akan timbul kesedaran dan rasa simpati terhadap keperitan hidup orang miskin. Rasa simpati ini dibuktikan dengan kesediaan mereka membayar zakat fitrah.Kefarduan mengeluarkan zakat fitrah pada Ramadan adalah bukti bahawa umat Islam perlu hidup bertolak ansur dan bersatu padu tanpa membezakan status ekonomi, keturunan, pendidikan dan kadar ketakwaan.Ini seiring dengan fungsinya untuk meningkatkan daya saing ekonomi kaum dua'fa (orang lemah). Mereka ialah fakir, orang miskin, amil yang menguruskan zakat, mualaf yang dijinakkan hatinya, hamba yang hendak memerdekakan dirinya, orang berhutang, untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah dan orang dalam perjalanan.Jelasnya, dengan zakat itu dapat merapatkan jurang pendapatan di antara orang kaya dan miskin.Zakat fitrah adalah tuntutan yang wajib ditunaikan apabila seseorang memenuhi syaratnya. Ia berdasarkan hadis yang bermaksud: "Rasulullah memfardukan zakat fitrah pada Ramadan segantang tamar atau segantang gandum atas orang Islam sama ada hamba sahaya atau merdeka, lelaki atau perempuan, kecil atau besar."Umat Islam hendaklah bersegera dalam mengeluarkan zakat dengan menyedari bahawa ia adalah antara tuntutan Rukun Islam yang lima.Sesungguhnya, Islam seseorang belum lagi sempurna jika tidak mengeluarkan zakat.Setiap Muslim hendaklah mengeluarkannya dengan hati terbuka, ikhlas dan bukannya berasakan ia adalah satu paksaan.Zakat fitrah juga berfungsi membersihkan jiwa pembayar. Hakikatnya, zakat berfungsi sebagai amalan ibadat untuk mendekatkan diri kepada Allah hingga menjauhkan manusia daripada sifat mencintai dunia secara berlebihan dan melupakan hari akhirat.Hikmatnya zakat juga dapat menyucikan diri orang yang berpuasa kerana ada kemungkinan dirinya itu mengalami kesan kelalaian, kerosakan puasanya. Begitu juga dia akan mengelakkan orang fakir dan miskin daripada meminta-minta pada hari raya.Ibnu Abbas berkata yang bermaksud: "Rasulullah telah memfardukan zakat fitrah sebagai menyucikan orang yang berpuasa daripada sia-sia dan kerosakan untuk menjadi makanan pada orang miskin."Islam menetapkan lapan asnaf yang berhak menerima zakat. Dalam al-Quran, Allah berfirman maksudnya: "Sesungguhnya sedekah (zakat) itu hanya tertentu untuk orang fakir, miskin, amil yang menguruskan zakat, muallaf yang dijinakkan hatinya dan hamba yang ingin membebaskan diri (diberi peluang menebus diri tetapi tidak mampu), orang berhutang.Orang yang berjuang di jalan Allah dan orang musafir (yang kehabisan bekalan) dalam perjalanan, sebagai kewajipan fardu yang ditetapkan Allah, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana." (Surah at-Taubah, ayat 60).Bagaimanapun, masih ada umat Islam yang mengambil mudah kewajipan berzakat fitrah. Mereka terlupa mengeluarkannya hingga tiba Aidilfitri.Mengikut syarak, zakat fitrah perlu dilakukan sepanjang Ramadan manakala hukumnya menjadi haram selepas solat Aidilfitri.Perkara ini ada disebut Rasulullah SAW dalam sabdanya yang bermaksud; "Zakat fitrah itu dibuat bagi membersihkan orang yang berpuasa daripada percakapan yang sia-sia dan kotor dan makanan bagi orang miskin."Sesiapa yang menunaikannya sebelum solat Aidilfitri, maka itulah zakat yang diterima. Dan sesiapa yang membayar zakatnya sesudah solat, maka itu adalah sedekah biasa saja." (Hadis riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah).Berdasarkan hadis ini, janganlah kita berlengah untuk berzakat fitrah. Ingatkan ahli keluarga dan rakan supaya ibadat yang difardukan setahun sekali ini dapat dilakukan tepat pada masanya.Dengan segera mengeluarkan zakat, wang itu dapat diagihkan segera kepada mereka yang memerlukan dan berhak menerimanya.

PANDUAN MENGQADHA PUASA RAMADAN DAN PELAKSANAAN PUASA SUNNAH ENAM HARI BULAN SYAWAL

PANDUAN MENGQADHA PUASA RAMADAN DAN PELAKSANAAN PUASA SUNNAH ENAM HARI BULAN SYAWAL
Diriwayatkan dari Aisyah (R.A.), ia berkata: Adalah seorang di antara kami tidak puasa pada bulan Ramadan pada zaman Rasulullah (S.A.W.). maka ia tidak sanggup mengqadhanya (membayar puasa yang ditinggalkan) sehingga datang bulan Syaban (yakni pada bulan Syaban baru bisa membayar puasanya). (H.R.: Muslim)
Diriwayatkan dari Aisyah (R.A.) ia berkata: Saya mempunyai hutang puasa bulan Ramadan, saya tidak mampu membayarnya sampai datang bulan Syaban. (H.R. Bukhary)
Diriwayatkan dari Abu Ayyub al-Anshariy (R.A.): Sesungguhnya Rasulullah (S.A.W.). bersabda: Barang siapa yang puasa pada bulan Ramadan, kemudian diikuti puasa enam hari pada bulan Syawal adalah seperti puasa setahun penuh. ( H.R.: Muslim)KESIMPULANHadits-hadits di atas memberi pelajaran kepada kita bahawa :
Barangsiapa yang mempunyai hutang puasa bulan Ramadan, hendaklah segera diqadha (di bayar) secepat mungkin jangan di tunda-tunda kecuali karena ada uzur dan terpaksa di tunda meskipun sampai bulan sya'ban. (Dalil : 2)
Disunnahkan puasa enam hari pada bulan Syawal dengan syarat puasa Ramadannya sudah lengkap, tidak ada hutang.
Pengamalan puasa enam hari pada bulan Syawal ini dapat dikerjakan secara berurutan ( enam hari berturut-turut) atau berselang-seling (tidak berurutan). Yang penting pelaksanaanya adalah selama bulan Syawal.

Panduan Solat Aidilfitri dan Aidiladha

Panduan Solat Aidilfitri dan Aidiladha
Diriwayatkan dari Abu Said, ia berkata : Adalah Nabi (S.A.W.). pada hari raya Aidilfitri dan Aidiladha keluar ke mushalla ( padang untuk solat ), maka pertama yang beliau kerjakan adalah solat, kemudian setelah selesai beliau berdiri menghadap kepada manusia sedang manusia masih duduk tertib pada Saf mereka, lalu beliau memberi nasihat dan wasiat (khutbah ) apabila beliau hendak mengutus tentera atau ingin memerintahkan sesuatu yang telah beliau putuskan, beliau perintahkan setelah selesai beliau pergi. (H.R. : Al-Bukhary dan Muslim )
Telah berkata Jaabir (R.A.): Saya menyaksikan solat 'ied bersama Nabi (S.A.W.). Beliau memulai solat sebelum khutbah tanpa azan dan tanpa iqamah, setelah selesai beliau berdiri bertekan atas Bilal, lalu memerintahkan manusia supaya bertaqwa kepada Allah, mendorong mereka untuk taat, menasihati manusia dan memperingatkan mereka, setelah selesai beliau turun mendatangi saf wanita dan selanjutnya beliau memperingatkan mereka. (H.R : Muslim )
Diriwayatkan dari Ibnu Umar (R.A.). ia berkata : Umar mendapati pakaian tebal dari sutera yang dijual, lalu beliau mengambilnya dan membawa kepada Rasulullah (S.A.W.). lalu berkata : Ya Rasulullah belilah pakaian ini dan berhiaslah dengannya untuk hari raya dan untuk menerima utusan. Maka beliaupun menjawab : Sesungguhnya pakaian ini adalah bagian orang-orang yang tidak punya bagian di akhirat (yakni orang kafir). ( H.R Bukhary dan Muslim )
Diriwayatkan dari Ummu 'Atiyah (R.A.). ia berkata : Rasulullah (S.A.W.). memerintahkan kami keluar pada Aidilfitri dan Aidiladha semua gadis-gadis, wanita-wanita yang haid, wanita-wanita yang tinggal dalam kamarnya. Adapun wanita yang sedang haid mengasingkan diri dari mushalla (tempat solat 'ied ), mereka meyaksikan kebaikan dan mendengarkan dakwah kaum muslimin (mendengarkan khutbah ). Saya berkata : Yaa Rasulullah bagaimana dengan kami yang tidak mempunyai jilbab? Beliau bersabda: Supaya saudaaranya meminjamkan kepadanya dari jilbabnya. (H.R : Jama'ah)
Diriwayatkan dari Anas bin Malik (R.A.). ia berkata : Adalah Nabi (S.A.W.). Tidak berangkat menuju mushalla kecuali beliau memakan beberapa biji kurma, dan beliau memakannya dalam jumlah bilangan ganjil. (H.R. : Al-Bukhary dan Muslim )
Diriwayatkan dari Burayaidah (R.A.). ia berkata : Adalah Nabi (S.A.W.) keluar untuk solat Aidilfitri sehingga makan terlebih dahulu dan tidak makan pada solat Aidiladha sehingga beliau kembali dari solat 'ied. ( H.R : Ibnu Majah, At-Tirmidzi dan Ahmad)
Diriwayatkan dari Ibnu Abbas (R.A.). ia berkata : Bahwasanya Nabi (S.A.W.). keluar untuk solat Aidilfitri dua raka'at, tidak solat sunah sebelumnya dan tidak pula sesudahnya. (H.R : Bukhary dan Muslim )
Diriwayatkan dari Jaabir (R.A.). ia berkata : Adalah Nabi (S.A.W.) apabila keluar untuk solat 'ied ke mushalla, beliau menyelisihkan jalan (yakni waktu berangkat melalui satu jalan dan waktu kembali melalui jalan yang lain ). (H.R : Bukhary )
Diriwayatkan dari Yazid bin Khumair Arrahbiyyi (R.A.). ia berkata : Sesungguhnya Abdullah bin Busri seorang sahabat nabi (S.A.W.). keluar bersama manusia untuk solat Aidilfitri atau Aidiladha, maka beliau mengingkari keterlambatan imam, lalu berkata : Sesungguhnya kami dahulu ( pada zaman Nabi (S.A.W.) pada jam-jam seperti ini sudah selesai mengerjakan solat 'ied. Pada waktu ia berkata demikian adalah pada solat Dhuha. (H.R. : Abu Daud dan Ibnu Majah)
Diriwayatkan dari Abi Umair bin Anas, diriwayatkan dari seora)ng pamannya dari golongan Anshar, ia berkata: Mereka berkata: Karena tertutup awan maka tidak terlihat oleh kami hilal Syawal, maka pada pagi harinya kami masih tetap puasa, kemudian datanglah satu kafilah berkendaraan di akhir siang, mereka bersaksi di hadapan asulullah (S.A.W.).bahawa mereka kelmarin melihat hilal. Maka Rasulullah (S.A.W.). memerintahkan semua manusia ( ummat Islam ) agar berbuka pada hari itu dan keluar menunaikan solat 'ied pada hari esoknya. (H.R. : Lima kecuali At-Tirmidzi)
Diriwayatkan dari Azzuhri, ia berkata : Adalah manusia (para) sahabat) bertakbir pada hari raya ketika mereka keluar dari rumah-rumah mereka menuju tempat solat 'ied sampai mereka tiba di mushalla ( tempat solat 'ied ) dan terus bertakbir sampai imam datang, apabila imam telah datang, mereka diam dan apabila imam bertakbir maka merekapun ikut bertakbir. (H.R.: Ibnu Abi Syaibah)
Diriwayatkan bahawa Ibnu Mas'ud (R.A.). bertakbir pada hari-hari tasyriq dengan lafadz sbb: (artinya): Allah maha besar, Allah maha besar, tidak ada Illah melainkan Allah dan Allah maha besar, Allah maha besar dan bagiNya segala puji. (H.R. Ibnu Abi Syaibah dengan sanad shahih )
Diriwayatkan dari Amru bin Syu'aib, dari ayahnya, dari neneknya, ia berkata : Sesungguhnya Nabi (S.A.W.). bertakbir pada solat 'ied dua belas kali takbir. dalam raka'at pertama tujuh kali takbir dan pada raka'at yang kedua lima kali takbir dan tidak solat sunnah sebelumnya dan juga sesudahnya. (H.R. : Amad dan Ibnu Majah )
Diriwayatkan dari Samuroh, ia berkata: Adalah Nabi (S.A.W.). dalam solat kedua hari raya beliau membaca: Sabihisma rabbikal A'la dan hal ataka haditsul ghosiah. (H.R. : Ahmad )
Diriwayatkan dari Abu Waqid Allaitsi, ia berkata : Umar bin Khaththab telah menanyakan kepadaku tentang apa yang dibaca oleh Nabi (S.A.W.). Waktu solat 'ied . Aku menjawab : beliau membaca surah (qtarabatissa'ah ) dan ( Qaaf walqur'anul majid). (H.R. : Muslim )
Diriwayatkan dari Zaid bin Arqom (R.A.). ia berkata : Nabi (S.A.W.). Mendirikan solat 'ied, kemudian beliau memberikan ruhkshah / kemudahan dalam menunaikan solat Jumaat, kemudian beliau bersabda : Barang siapa yang mahu solat Jumaat, maka kerjakanlah. (H.R. : Imam yang lima kecuali At-Tirmidzi )
Diriwayatkan dari Abu Hurairah (R.A.). bahwasanya Nabi (S.A.W.). bersabda pada hari kamu ini, telah berkumpul dua hari raya (hari Jumaat dan hari raya), maka barang siapa yang suka solat Jum'at, maka solatnya diberi pahala sedang kami akan melaksanakan solat Jum'at. (H.R: Abu Daud )KESIMPULANHadits-hadits tersebut memberi pelajaran kepada kita tentang adab-adab solat hari raya sbb : Pakaian pada saat mendirikan solat kedua hari raya disunnahkan memakai pakaian yang paling bagus. (Dalil: 3 )Makana. Sebelum berangkat solat Aidilfitri disunnahkan makan terlebih dahulu, jika terdapat beberapa butir kurma, jika tidak ada maka makanan apa saja.b. Sebaliknya pada Aidiladha, disunahkan tidak makan terlebih dahulu sampai selesai solat Aidiladha. (Dalil: 5 dan 6 )Mendengungkan takbir a. Pada hari raya Aidilfitri, takbir didengungkan sejak keluar dari rumah menuju ke tempat solat dan sesampainya di tempat solat terus dilanjutkan takbir didengungkan sampai solat dimulai. (Dalil : 11 )b. Pada hari raya Aidiladha, takbir boleh didengungkan sejak Shubuh hari Arafah (9 Dzul Hijjah ) hingga akhir hari tasyriq ( 13 Dzulhijjah ). (Dalil: 12) Jalan yang dilalui Disunnahkan membedakan jalan yang dilalui waktu berangkat solat hari raya dengan jalan yang dilalui di waktu pulang dari solat 'ied ( yakni waktu berangkat melalui satu jalan, sedang waktu pulang melalui jalan yang lain ). (Dalil: 8 )Bila terlambat mengetahui tibanya hari raya Apabila datangnya berita tibanya hari raya sudah tengah hari atau petang hari, maka hari itu diwajibkan berbuka sedang pelaksanaan solat hari raya dilakukan pada hari esoknya. (Dalil : 10 )Yang menghadiri solat 'ied Solat 'ied disunnahkan untuk dihadiri oleh orang dewasa, baik lelaki maupun wanita, baik wanita yang suci dari haid maupun wanita yang sedang haid dan juga kanak-kanak baik laki-laki maupun wanita. Wanita yang sedang haid tidak ikut solat, tetapi hadir untuk mendengarkan khutbah 'ied. (Dalil: 4 )Tempat solat 'ied Solat 'ied lebih afdhal (utama) diadakan di mushalla iaitu suatu padang yang di sediakan untuk solat 'ied, kecuali ada uzur hujan maka solat diadakan di masjid. Mengadakan solat 'ied di masjid pada hal tidak ada hujan sementara lapangan (padang ) tersedia, maka ini kurang afdhal karena menyelisihi amalan Rasulullah (S.A.W.). yang selalu mengadakan solat 'ied di mushalla (padang tempat solat ), kecuali sekali dua kali beliau mengadakan di masjid karena hujan. (Dalil: 1 dan 8 )Cara solat 'ieda. solat 'ied dua rakaat, tanpa azan dan iqamah dan tanpa solat sunnah sebelumnya dan sesudahnya. (Dalil: 1,2 dan 7 )b. Pada rakaat pertama setelah takbiratul ihraam sebelum membaca Al-Fatihah, ditambah 7 kali takbir. Sedang pada raka'at yang kedua sebelum membaca Al-Fatihah dengan takbir lima kali. (Dalil: 13 )c. Setelah membaca Fatihah pada rakaat pertama di sunnahkan membaca surah (sabihisma rabbikal a'la/surat ke 87 ) atau surat iqtarabatissa'ah / surat ke 54 ). Dan setelah membaca Al-Fatihah pada raka'at yang kedua disunnahkan membaca surat (Hal Ataka Haditsul Ghaasyiyah/surat ke 88 ) atau membaca surat (Qaaf walqur'anul majid/surat ke 50 ).(Dalil : 15)d. Setelah selesai solat, imam berdiri menghadap makmum dan berkhutbah memberi nasihat-nasihat dan wasiat-wasiat, atau perintah-perintah penting.e. Khutbah hari raya ini boleh diadakan khusus untuk laki-laki kemudian khusus untuk wanita.f. Khutbah hari raya ini tidak diselingi duduk. (Dalil: 1 dan 2 )Waktu solat Solat 'ied diadakan setelah matahari naik, tetapi sebelum masuk waktu solat Dhuha. (Dalil: 9 )Hari raya jatuh pada hari Jum'at. Bila hari raya jatuh pada hari Jum'at, maka solat Jum'at menjadi sunnah, boleh diadakan dan boleh tidak, tetapi untuk pemuka umat atau imam masjid jami' sebaiknya tetap mengadakan solat Jum'at. (dalil: 16 dan 17 )

Lailatul Qadar

SALAH satu keagungan, keistimewaan dan kemuliaan Ramadan ialah satu malam penuh berkat yang lebih baik daripada seribu bulan. Malam yang hanya muncul pada 10 hari terakhir Ramadan itu lebih dikenali sebagai Lailatul Qadar.Rasulullah (SAW) sendiri memohon kepada Allah agar malam bersejarah yang penuh hikmah itu menemuinya. Dalam hal ini, Rasulullah (SAW) pernah bersabda bermaksud: ?Sesungguhnya bulan ini (Ramadan) datang kepada kamu, dalamnya ada malam di mana amalan ibadat yang dilakukan pada malam itu lebih baik dan lebih besar ganjarannya daripada amalan selama seribu bulan. Sesiapa yang kehilangan malam itu, sesungguhnya dia kehilangan semua kebaikan. Dan tidak akan kehilangan semua perkara itu, kecuali orang yang diharamkan (tidak mendapat petunjuk) daripada Allah. ? (Hadis riwayat Ibnu Majah)Dalam satu hadis lain, Rasulullah (SAW) bersabda maksudnya: ?Sesiapa yang beribadah pada Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan pengharapan kepada keredaan Ilahi, nescaya dia akan diampuni segala dosanya yang lampau.? ? (Hadis riwayat Muslim )Keistimewaan Lailatul Qadar diserikan lagi penurunan wahyu al-Quran untuk pertama kalinya kepada Rasulullah sewaktu baginda berada di Gua Hira. Selepas itu al-Quran mula diturunkan secara berperingkat-peringkat dan beransur-ansur selama lebih kurang 23 tahun iaitu 13 tahun di Makkah dan 10 tahun lagi di Madinah al-Munawwarah. Peristiwa bersejarah penurunan al-Quran diabadikan Allah dalam helaian al-Quran.Antaranya firman Allah bermaksud: ?Sesungguhnya Kami menurunkan (al-Quran) ini pada Lailatul Qadar. Dan apa jalannya kamu dapat mengetahui apa dia kebesaran Lailatul Qadar? Lailatul Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikut). Sejahteralah malam (yang berkat itu) hingga terbit fajar.? (Surah al-Qadr, ayat 1-5). Jelas daripada mafhum ayat suci di atas bahawa Lailatul Qadar akan muncul pada setiap Ramadan sebagai anugerah Ilahi dan rahmat Allah yang hanya dikhususkan kepada umat Nabi Muhammad. Malam yang penuh bersejarah itu dinilai sebagai malam yang lebih baik dan lebih banyak ganjarannya daripada seribu bulan . Ulama bersepakat bahawa Lailatul Qadar berlaku pada Ramadan. Begitu juga mereka bersepakat malam itu berlaku pada 10 malam terakhir Ramadan. Namun mereka berselisih pendapat mengenai malam ke berapa daripada 10 malam terakhir itu. Pendapat yang masyhur menyatakan bahawa Lailatul Qadar berlaku pada malam ke-27 Ramadan. Sehubungan itu, Rasulullah pernah bersabda yang maksudnya: ?Barang siapa yang ingin mendapatkan Lailatul Qadar, dia hendaklah mencari pada malam ke-27.? ? (Hadis riwayat Ahmad) Ada juga riwayat lain yang mengatakan malam mulia itu berlaku pada malam-malam ganjil 10 hari terakhir. Walau apapun harinya, yang pentingnya pada malam itu Allah menurunkan rahmat, limpahan kurnia dan keampunan-Nya kepada hamba-Nya yang melaksanakan ibadat puasa dengan penuh keimanan.Kelebihan Lailatul Qadar tentu tidak akan dianugerahkan kepada sebarangan orang dan tidak pula diberikan kepada orang yang ibadahnya hanya pada malam tertentu saja dalam Ramadan. Akan tetapi fadilat malam mulia itu akan menyinari orang yang benar-benar ikhlas, khusyuk dan istiqamah dalam mempertahankan nilai keIslaman dalam setiap tutur kata, peri laku, akhlak, ibadat dan kegiatan sehariannya. Hadirnya malam penuh berkat itu akan dinantikan dan disambut dengan penuh keyakinan dan keimanannya, sekali gus melayakkan dirinya termasuk dalam kelompok orang yang dilimpahi kenikmatan syurga dan kebahagiaan abadi.Menurut sejarah Islam, Lailatul Qadar pertama kali menemui Rasulullah (SAW) ketika baginda sedang khusyuk menyendiri di Gua Hira, bermuhasabah dan merenung diri sendiri dan masyarakat sekeliling. Tidak berapa lama kemudiannya, datang al-Ruh al-Amin iaitu malaikat Jibril membawa bersama wahyu Ilahi untuk membimbing baginda sehingga berlakulah perubahan secara menyeluruh dalam setiap detik dan perjalanan hidupnya.Ia juga membawa perubahan kepada detik dan perjalanan hidup umat manusia sejagat. Selanjutnya, Lailatul Qadar adalah satu kurniaan Ilahi yang dianugerahkan oleh Allah kepada Rasulullah (SAW) dan umatnya sebagai tanda kasih sayang-Nya dan rahmat-Nya yang menyeluruh. Justeru, amal kebajikan seseorang hamba Allah pada malam itu adalah lebih baik daripada amal kebajikan yang dilakukan selama seribu bulan. Lebih-lebih lagi, apabila dibanding dengan umur nabi dan umat terdahulu.Usia baginda dan umatnya adalah pendek.Contohnya, Nabi Nuh dikurniakan Allah umur selama 950 tahun. Maka, Lailatul Qadar adalah kurniaan sangat besar nilainya bagi umat Nabi Muhammad saw. Ini kerana lamanya waktu seribu bulan apabila dihitung dalam kiraan tahun ialah selama 80 tahun lebih. Tambahan pula, angka itu jauh lebih banyak berbanding dengan umur umat Nabi Muhammad saw yang rata-ratanya dalam sekitar 60 tahun saja. Kerana keutamaan inilah, Rasulullah (SAW) amat menganjurkan umatnya agar mencari dan seterusnya mendapatkan Lailatul Qadar yang penuh keberkatan.Dalam hal ini, memadailah Rasulullah (SAW) sebagai model yang menampilkan teladan terpuji untuk diikuti oleh umat Islam seluruhnya dalam menghidupkan malam-malam terakhir Ramadan. Ini dilakukan dengan melaksanakan iktikaf dan membangunkan keluarganya agar lebih meningkatkan amalan ibadat pada malam hari.Rasulullah (SAW) juga tidak mendekati isteri-isterinya dengan tujuan memperbanyakkan amal ibadat dalam masjid seperti solat Tahajud, solat Witir, solat Tarawih, berzikir kepada Allah serta membaca dan tadarus al-Quran.Baginda juga sentiasa memanjatkan doa ke hadrat Ilahi. Antara doa yang sering baginda baca ialah doa bermaksud: ?Wahai Tuhan kami! Anugerahkanlah kepada kami kebajikan di dunia dan juga kebajikan di akhirat serta peliharakanlah kami daripada seksaan api neraka yang pedih.? Doa yang dilafazkan itu bukan sekadar satu permohonan untuk memperoleh kebajikan dunia dan kebajikan akhirat saja, malah untuk memantapkan lagi langkah dan kesungguhan agar dapat meraih kebajikan yang dijanjikan Allah. Ini kerana doa itu sendiri membawa maksud satu permohonan yang penuh tulus dan pengharapan, di samping disusuli dengan usaha melipatgandakan amal ibadat yang mendekatkan diri kepada Allah.Selain itu, setiap Muslim dianjurkan agar bertaubat dan memohon ampun kepada Allah daripada sebarang kesalahan dan dosa.Tambahan pula, setiap manusia pada dasarnya tidak akan terlepas daripada kealpaan dan seterusnya melakukan kesalahan yang dilarang Allah

SELAMAT HARI RAYA EIDIL FITRI


Assalamualaikum....
Kepada semua anak, cucu, cicit dan kulaan HJ SADri..



terimalah ucapan...SELAMAT HARI RAYA EIDIL FITRI dan maaf zahir batin..sesama kita.
Semoga BLOG KELUARGA ini nanti akan menjadi penghubung terkini diantara kita untuk menyampaikan sebarang maklumat keluarga.

Oleh itu dipohon kerjasama semua KULAAN untuk mengambil tindakan berikut :-

1. Menyibarkan alamat blog ini kepada semua kulaan, terutama generasi ICT.
2. Menyalurkan maklumat berikut kepada email atau komen blog dan beri:-
-nama
-no telepon dan email.
-senarai nama keluarga / umur dan gambar jika ada.
3. Maklumat yang boleh dipaparkan :-
-tarikh dan jemputan kenduri kendara.
-perjumpaan keluarga.
-kematian atau kemalangan
-ucapan tahniah..
-maklumat kelahiran..






Wallahualam...wassalam